Nur Insan Resources & Consultancy

Kursus Master Kundalini Reiki

Home
Perkhidmatan Kami
Kursus Master Kundalini Reiki
Kursus yang ditawarkan
Produk Kami
Sudut Ilmu
Hubungi Kami

PROGRAM MASTER KUNDALINI REIKI

 

 

Apa itu Reiki?

Reiki berasal daripada bahasa Jepun,REI ertinya alam semesta dan KI ertinya energi/tenaga. Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam semesta. Ia adalah suatu kaedah penyembuhan traditional dengan telapak tangan iaitu dengan meletakkan tangan ke atas bahagian tubuh yang sakit sama ada dengan menyentuhnya ataupun tidak. Dengan itu tenaga yang diserap dari alam semesta dapat disalurkan kepada bahagian tubuh pesakit.

 

KUNDALINI REIKI

Kundalini reiki merupakan salah satu cabang reiki yang berakar umbi daripada Usui Reiki (Reiki yang asal). Ianya lebih mudah, tanpa penggunaan simbol, warna atau visual yang merumitkan. Reiki kundalini bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dan cakra-cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke tenaga bumi. Cakra akar iaitu pusat tenaga terletak berhampiran hujung tulang belakang berperanan sebagai pintu masuk untuk tenaga reiki kundalini. Selepas proses pengaktifan dilakukan tenaga akan mengalir keseluruhan tubuh melalui saluran utama tenaga dan keluar dari cakra mahkota yang terletak dibahagian atas kepala. Saluran tenaga ini bergerak dari cakra akar ke cakra mahkota. Kundalini terbuka bermakna,selepas suatu masa yang tertentu,pemerosesan pembersihan cakra-cakra pun akan mencapai kesempurnaan. Ianya bererti segenap bahagian-bahagian tubuh dan saluran tenaga telah diperolehi dan telah tersedia untuk digunakan dalam berbagai situasi penyembuhan.

Kundalini Reiki dapat dikuasai setelah penyelarasan / attunement yang mudah, hanya memerlukan masa lebih kurang 25 minit untuk proses attunement.  Kundalini Reiki mempunyai 9 tingkatan / level secara keseluruhannya. Iaitu KR1, KR2, KR3 (Master), KR Booster 1, KR Booster 2, KR Booster 3, KR Booster 4, KR Booster 5, dan KR Booster 6. Keterangan ringkas Kundalini Reiki adalah seperti berikut:

KUNDALINI REIKI LEVEL 1-KR1

Dalam penyelarasan aturan kundalini reiki 1 (KR1)  – kesemua simpulan dan sekatan dalam cakra-cakra disingkirkan (melainkan cakra akar). Saluran utama tenaga, dari cakra mahkota ke cakra akar dibersihkan sebagai penyediaan untuk pembangkitan Kundalini Reiki yang anda akan alami dalam pengaktifan Kundalini Reiki peringkat 2 (KR2). Dimana cakra hati menjadi bertambah besar dan saluran tenaga dari tangan ke cakra mahkota dibuka supaya reiki boleh mengalir,sebaik-baik sahaja berlaku proses pengaktifan. Kundalini Reiki 1 (KR1) adalah bersamaan attunement USHUI REIKI 1,2,3.

KUNDALINI REIKI LEVEL2-KR2

Dalam Kundalini Reiki peringkat 2, kesemua cakra-cakra utama dan saluran-saluran tenaga akan kosong dan terbuka. Mula berlaku pembangkitan kundalini, penaikan Api kundalini minima ke cakra pusar (solar plexus Chakra). Bersedia untuk pembangkitan penuh kundalini pada peringkat KR3. Di peringkat ini anda juga akan diajar meditasi khusus Kundalini Reiki yang dapat menaikkan api/energi kundalini dalam masa yang singkat. Melalui meditasi ini juga jalur-jalur energi / cakra dapat dibersihkan.

 

 Berikut adalah kemampuan penyembuhan yang dapat anda kuasai serta merta selepas attunement KR1 :

HEALING (penyembuhan) 

- Setelah anda menerima pengaktifan Kundalini Reiki – KR1, maka serta-merta anda telah mampu melakukan proses penyembuhan diri sendiri mahupun orang lain dari jarak dekat mahupun jauh.

CLEANSING ROOM / HOUSE (PEMBERSIHAN UNSUR NEGATIF DALAM RUMAH / TEMPAT.)

- Kaedah Kundalini Reiki juga boleh dimenafaatkan untuk menutralkan unsur-unsur negatif dalam kediaman dan ianya juga boleh dilakukan dari jarak jauh mahupun dekat.  

HEALING THE CARMIC BAND (PENYEMBUHAN HUBUNGAN KARMA)  

- Untuk memperbaiki hubungan seseorang dengan lainnya. Hubungan rumahtangga, jiran dll.

SITUATION / QUALITIES HEALING (PENYEMBUHAN SITUASI/KUALITI)

- Untuk  menyembuh / memperbaiki sesuatu situasi atau kualiti sesuatu peribadi/watak/ sifat buruk manusia. Seperti ketidakstabilan emosi. Contohnya perasaan cemburu yang keterlaluan, lemah semangat, malas,kecewa dan putusasa, gelisah, bimbang,risau tidak menentu, ketidakyakinan diri,kesedihan, kemarahan,  dan sebagainya.

 

KUNDALINI REIKI LEVEL 3 (KR3 - MASTER)  

Inilah level terakhir dalam pengaktifan Kundalini Reiki,dan dari level ini anda sudah mencapai level master dan boleh mengajarkannya kepada orang lain. Anda boleh memberi attunement walaupun anda sedang tidur!! Dan anda akan memperolehi lagi beberapa penyelarasan tambahan seperti dibawah.

DIAMOND REIKI (REIKI BERLIAN)

- Apabila menggunakan teknik ini, maka sebuah kristal (berlian) eterik akan berada di chakra mahkota praktisi, dan memperkuatkan kualiti penyaluran Reiki praktisi.

CRYSTALLINE REIKI (REIKI KRISTAL)

- Dikeseluruhan tubuh kita terdapat jumlah kecil kristal yang tertentu,ini adalah jalan keluar bagi trauma yang telah kita alami sepanjang hidup. Setiap kali kita gagal untuk menyelesaikan sesuatu trauma,sebutir kristal akan terbentuk. Trauma ini contohnya adalah seperti tangan yang patah,terseliuh,kesedihan dan sebagainya. Jika umpamanya seseorang itu terpatah tangan sebutir kristal terbentuk untuk menjadi memori dari kesakitan dan perasaan dari trauma itu. Melalui kaedah pengaliran reiki kristal ini boleh dicair dan disembuhkan.

DNA REIKI (REIKI DNA) 

- Menguatkan keupayaan untuk menyembuhkan / memperbaiki kualiti DNA. Contohnya penyakit keturunan seperti Asma & dll.

BIRTH TRAUMA REIKI (REIKI TRAUMA KELAHIRAN)

- Salah satu bentuk trauma adalah trauma akibat proses kelahiran. Ini mungkin terjadi akibat proses kelahiran yang sulit seperti bayi songsang, tak cukup bulan, tali pusat terbelit dan sebagainya. Kesan daripada kejadian tersebut mungkin       mengakibatkan seseorang tersebut mengalami trauma seperti takut dalam kegelapan atau sesuatu dan sebagainya. Trauma ini dapat dihilangkan secara perlahan dengan teknik ini

LOCATION REIKI (REIKI LOKASI)

- Teknik ini digunakan untuk menyelaraskan “Carmic Band” antara manusia dengan suatu tempat yang penuh energi negatif yang boleh menggangu kesihatan manusia. Oleh itu teknik location reiki digunakan untuk meneutralkan energi negatif tersebut.

BALANCE REIKI (PPENYEIMBANGAN REIKI)

- Teknik ini digunakan untuk menyeimbang seluruh sistem energi tubuh .

KR BOOSTER 1 – KR BOOSTER 6 ( Level 4 - 9)

 - Selepas menerima attunement KR1, KR2 & KR3, energi Reiki anda boleh dipertingkatkan melalui beberapa siri attunement tambahan yang dikenali sebagai “Booster”. Dimana saluran energi akan diperlebarkan dan diperkuatkan sehingga 100%. 

 

KELEBIHAN DAN MANFAAT KUNDALINI REIKI

 

membuat seseorang lebih tenang, damai dan lebih dekat kepada Tuhan
khusus membuka gulungan kundalini dan membangkitkan api kundalini
Attunement jarak jauh yang mudah dan murah
tanpa penggunaan simbol, warna dan visualisasi yang merumitkan
membantu berdoa & bermeditasi dengan lebih tenang.
menyembuhkan berbagai jenis penyakit yang berpunca daripada fizikal , mental mahupun emosi.
mencegah pengambilan ubatan moden
menghilangkan kebiasaan-kebiasaan negatif / sifat negatif
melindungi diri daripada pelbagai hal-hal negatif - pemagaran ghaib dll

Menghilangkan stress dan membuat lebih santai hingga memudahkan pemusatan fikiran dan meningkatkan produktiviti dan kualiti pekerjaan.

Membantu latihan teknik tenaga dalam / pernafasan lainnya
menghaluskan kulit wajah

membantu meningkatkan kesedaran spiritual

dan 1001 manfaat lainnya....

 

SOALAN YANG SERING DI TANYA (FAQ):

 
Soalan    :Apakah perbezaan Program Jarak Jauh dengan Program Langsung? 
 
Jawapan :Hasil sama saja, hanya pada prosesnya berbeza, program hadir diri akan diberi attunement secara langsung. Pada  program jarak jauh akan diberi attunement oleh master secara jarak jauh. Malahan Master Mikao Usui (founder Reiki Usui) juga telah mendapat empowerment reikinya daripada alam semesta & bukannya attunement daripada orang lain.
 
Soalan     :Apakah attunement berhasil 100% dengan program jarak jauh?
 
Jawapan   :Ya. Samaada anda yakin atau tidak ia sememangnya berhasil. Anda mestilah berfikiran positif.
 
Soalan      :Apakah tanda-tanda penerimaan attunement?
 
Jawapan   :Biasanya pelajar boleh merasa aliran energi yang mengalir seperti getaran halus ditelapak / jari tangan, haba panas dan bermacam ragam. Setiap orang berbeza. Jika anda tidak merasa apa-apa, jangan khuatir kerana attunement pasti berhasil.
 

Berikut adalah diantara maklumbalas daripada pelajar yang telah mendapat attunement Kundalini Reiki tahap Master daripada kami secara jarak jauh:

"  Pada mulanya belakang badan terasa berat, kemudian terasa di bahagian kepala.Tangan pula rasa sengal-sengal ( panas dan berhaba)... Takkan cepat sangat kesannya.... Pn Junuwati Guru  ( Rembau. N. Sembilan)

"Terasa ada haba dan pergerakan di bahagian tangan.Macm ada bebola tenaga di kedua belah tangan Mohd Mizatul Keftiah, Guru Agama  ( Bukit Baru, Melaka.)

" Getaran terasa di kedua bahagian tangan.Macam tak percaya tetapi itulah rialitinya....Mohd Faiz Moh Noh , Peniaga ( Bandar Seri Mahkota Bangi Selangor)

(dan bermacam-macam ragam lagi....)

 

Soalan    :Apakah ada manual pelatihan untuk peserta program jarak jauh?
 
Jawapan   :Ya. Semua peserta akan mendapat manual untuk berlatih, dan juga panduan untuk memberi attunement kepada orang lain (tingkat Master)
 

ATTUNEMENT

Untuk mempelajari Kundalini Reiki sebelum itu terlebih dahulu perlulah dibuat 'attunement' (penyelarasan/ pengijazahan). Perumpamaannya seperti ketika anda membeli sebuah radio baru, ia tidak dapat digunakan sehinggalah anda menyelaraskan frekuensi / gelombang stesen siaran yang dikehendaki. Kemudian barulah anda dapat menerima & mendengar siaran radio tersebut. Proses attunement akan memakan masa lebih kurang 25 minit.

Perlu diketahui bahawa semua attunement Kundalini Reiki ini dilakukan dengan cara jarak jauh dan hadir diri. Walaupun attunement diberikan secara jarak jauh, keberhasilannya adalah sama seperti secara Hadir Diri. Dengan itu anda tidak perlu membazir masa & kos pengangkutan untuk hadir diri (Kelas hanya 2 jam sahaja). Walaubagaimanapun, jika anda ingin mengikuti kursus secara hadir diri sila hubungi saya di talian :013-3903485 untuk temujanji.

Kursus akan dibuat secara hadir diri  di  AR PESONA No 43 Upper , Lrg Sri Mawar 12/2, Taman Sri Mawar, 70450 Seremban N. Sembilan dan di Pusat Rawatan Warisan Tok Janggut, Tingkat Bawah Bazar Melaka. Bagi anda yang telah mengikuti kursus Jarak Jauh boleh menghubungi saya untuk mendapat khidmat konsultansi melalui telefon atau email : mohdfudlullah@yahoo.com.

YURAN PERLATIHAN KUNDALINI REIKI

 

Reiki merupakan suatu keilmuan yang sangat dirahsiakan. Reiki mula menyebar setelah diajarkan di Hawai, Amerika Syarikat. Ini kerana orang-orang barat beranggapan sesuatu yang bagus haruslah disebarluaskan. Pada mulanya penyebaran Reiki bermula agak perlahan disebabkan faktor pembiayaan yang sangat besar. Yuran untuk mempelajari Reiki level 1 adalah US$200.00 (RM760.00) , untuk tingkat kedua adalah US$600.00 (RM2,280.00) dan untuk tingkat Master adalah US$10,000.00 (RM38,000.00)!!....

Di masa kini, kita amat beruntung kerana sudah ramai Master Reiki yang walaupun telah mengeluarkan biaya yang besar namun mahu mengajar Reiki dengan bayaran yang lebih rendah dengan tujuan agar Reiki dapat disebarkan seluas-luasnya demi kesejahteraan umat manusia.

 

 

 JANGAN DITUNGGU LAGI!!!

 

Daftar sekarang,   "MASTER KUNDALINI REIKI"   (level 1 hingga 9 sekaligus) dengan hanya RM450.00 Promosi pada bulan Januari dan Februari 2007sahaja.

Sila buat penempahan segera dengan memasukkan segala bayaran ke akaun:

Sijil Pengijazahan dan manual akan disertakan sekali....

Bonus!!!!  Keilmuan Reiki dan sesuatu yang istimewa khas bagi anda yang mengambil kursus ini..

NAMA BANK       : BUMIPUTRA COMMERCE

BAYAR KEPADA : MOHD FUDLULLAH AHMAD

NO AKAUN         : 05150004331523

 

NOTA:  Sila call atau sms selepas memasukan wang mahar anda. Pihak kami akan mengesahkan pembayaran tersebut .Manual, Sijil dan bonus akan diposkan kepada anda secara pos laju. Proses pengijazahan akan di buat selepas itu. Anda akan dibimbing sehingga berjaya dan berpuas hati. ( bagi secara jarak jauh)

Bagi yang hadir diri , kelas akan dijalankan secara langsung selama 3 jam.Anda akan dibimbing sehingga berjaya dan berpuas hati. Manual dan sijil akan disertakan sekali.

 

 

 

AWASI !.

Sesaorang yang suka menjatuhkan serta mempersendakan kebolehan orang lain itu mencerminkan kebodohan serta kebatilan diri nya sendiri. Sesaorang yang berilmu sifat nya adalah menerima bukan menolak atau menempelak ilmu orang lain, kerana semua Ilmu itu adalah benar belaka jika sesaorang itu benar-benar mengkaji nya hingga ke akar umbi, BUKAN mengkeji, cuba lah kaji.... Jatuh menjatuh kan sesama adalah sifat IBLIS...dan perosak masyarakat dan bangsa nya sendiri

 

 

Hak Cipta Terpelihara. © Nur Insan Resources & Consultancy
No 536 Jalan Semarak 8/2 Taman Panchor Jaya 70400 Seremban. N.Sembilan
Tel: 013-3903485  Emel: nurinsan2u@yahoo.com  Webmaster: Nur InsaN Master