Nur Insan Resources & Consultancy

Sudut Ilmu

Home
Perkhidmatan Kami
Kursus Master Kundalini Reiki
Kursus yang ditawarkan
Produk Kami
Sudut Ilmu
Hubungi Kami

 

1.MENGENAL SILAT GHAIB

Silat Ghaib/Tanpa Guru/Seru/Pencak Karomah

Silat Ghaib atau sering kita sebut dengan Silat Tanpa Guru, Silat Seru atau Pencak Gerak Karomah adalah sebuah keilmuan yang dapat mewujudkan satu bayangan gerak imaginatif menjadi satu gerak yang betul-betul benar dalam diri kita. Sehingga apabila kita menginginkan sebuah gerakan ( tarian bunga silat, tepisan silat dan serangan silat atau gerakan lainnya ) bahkan kita belum mengenal sekalipun maka energi di dalam tubuh kita akan melakukan induksi magnetik terhadap imaginasi kita tersebut sehingga kita mampu melakukan gerakan gerakan tertentu seperti apa yang kita inginkan.

Dalam suatu latihan , misal kita menghendaki untuk melakukan gerakan silat atau yang lainnya maka dengan tata cara dan pola tertentu maka tubuh kita akan secara reflek mampu memunculkan gerakan tersebut. Silat Ghaib tersebut dapat terjadi kerana semata-mata adalah proses induksi magnetik yang di dalam istilah mistiknya adalah melakukan penghadiran gerak ghaib.

Di Centre kami mendalami perkara tersebut tersebut sebagai sesuatu perkara yang cukup menarik. Apa yang menarik? Kerana Silat Ghaib tersebut adalah murni kerana pengolahan energi di dalam tubuh dan dengan pola yang tertentu dapat kita lakukan induksi magnetik terhadap beberapa gerakan yang kita inginkan sehingga kita dapat secara reflek melakukannya. Dengan pemahaman tersebut, bahawa Silat Ghaib tersebut sangat mudah sekali untuk di pelajari dan di lakukan oleh sesiapapun, bahkan oleh orang awam sekalipun.

Manfaat bagi kita yang melakukan pelatihan Silat Ghaib ini adalah :

1. Yang kita olah adalah energi magnetik ( Energi Ilahiah dan bukan Energi Jin/Khodam ), maka secara pasti maka kepekaan kita akan semakin terbuka untuk dapat merasakan energi tersebut sehingga semakin terbukanya kepekaan tersebut maka akan semakin sempurnalah di dalam kita melakukan gerakan-gerakan ghaib tersebut.
2. Putaran Energi Magnetik tersebut secara otomatik akan membuka semua simpul energi di dalam diri kita secara sistematik. Maksudnya ia amat sangat membantu di waktu kita sedang berlatih dengan keilmuan yang lainnya kerana energi magnetik adalah satu elemen yang paling mendasar di waktu kita belajar ilmu hikmah pada khususnya.
3. Dengan semakin mantap Energi Ilahiah yang kita bangunkan maka akan semakin terbuka ketajaman bathin kita untuk melakukan pengesanan magnetik (keberadaan sesuatu penyakit, jin atau yang lainnya).
4. Secara spiritual latihan Silat Ghaib (dengan pola latihan tertentu) adalah merupakan bahagian pembentukan susuk spiritual dalam diri kita yang tentunya akan berkaitan dalam pembentukan sifat diri kita.

Kematangan kita dalam berlatih Silat Ghaib akan memberikan kemampanan potensi Energi Ilahiah dalam diri kita dan akan semakin melengkapi berbagai ragam ilmu hikmah yang ada.

Dengan pemahaman seperti tersebut di atas, maka kita akan dapat memahami ilmu hikmah secara proporsional tanpa menghilangkan sudut spiritualnya. Akan tetapi tetap dalam wacana keilmuan sehingga secara aqidah kita tetap akan terjaga. Ini adalah kerana segala perbuatan atau gerakan yang berlaku adalah datang dari keizinan Allah SWT. Setiap permohonan hanyalah kepada Allah SWT tanpa pergantungan kepada sesuatu makhluk seperti khadam atau yang sejenisnya bahkan sewaktu bersilat, kita sedar 100%.

Namun walaupun pergerakan tersebut mmerupakan pergerakan reflek, kita harus berlatih setiap hari agar pergerakan tersebut dapat menyatu bersama diri kita. Situasi ini samalah dengan seseorang yang belajar silat secara fizikal yang memerlukan masa untuk pandai dan lincah. Wallaahua’lam.

*Silat ghaib boleh dipelajari dengan mempelajari ilmu penyembuhan Tenaga Dalam Daya Sejati Insani disini.

 

2. TERAPI AIR

Terapi Air telah banyak menunjukkan hasil yang menakjubkan dalam rawatan pelbagai penyakit. Pengamal sains perubatan tradisional di India meyakini terapi ini dapat membantu penderita pelbagai penyakit.

Anda tidak perlu membelanjakan duit yang banyak untuk ubat-ubatan, suntikan, diagnosis yang mahal dan sebagainya. Hanya dengan meminum lima hingga enam gelas iaitu lebih kurang 1.5 liter air bersih, ianya dapat menyembuhkan beberapa penyakit. Anda perlu mencuba sendiri terapi ini dahulu barulah percaya dengan kehebatan Terapi Air. Mereka yang mengalami masalah dibawah telah mendapat faedah daripada Terapi Air dan ada juga yang telah sembuh:

  • Sakit kepala
  • Asthma
  • Tekanan Darah tinggi/Hyper Tension
  • Bronchitis
  • Anemia
  • Pulmonary Tuberculosis (TB)
  • Rheumatism
  • Meningitis
  • Batu Karang
  • Obesiti
  • Arthritis
  • Hyper acidity
  • Sinusitis
  • Batuk
  • Kencing manis
  • Laryngitis
  • Kanser
  • Sembelit (Constipation)
  • Keracunan Makanan

BAGAIMANA AIR BERTINDAK?

Minum air yang bersih dan tulen dengan kaedah yang betul akan membersihkan tubuh badan. Air ini akan membersihkan dan menyucikan kolon (colon) dengan lebih efektif bagi penghasilan darah yang segar. Apabila kolon bersih, nutrien daripada makanan yang diambil seharian akan mudah diserap dan ini akan menghasilkan darah segar.

BAGAIMANA MEMPRAKTIKKAN TERAPI AIR?

Ketika bangun daripada tidur di waktu pagi, sebelum anda memberus gigi, minumlah air masak atau air tapis atau air distil sebanyak 1.5 liter. Bagi mendapatkan efek yang lebih baik, jangan makan atau minum air lain seperti kopi , teh dan sebagainya dalam masa satu jam sebelum dan selepas terapi air bermula.

Pada mulanya memang sukar untuk minum lima hingga enam gelas air dalam satu masa, namun jika sudah biasa ia tidaklah sesukar diawal terapi. Ketika menjalani Terapi Air ini, minumlah sebanyak mungkin air daripada 1.5 liter tadi dan hanya boleh berhenti seketika selama 2 minit, kemudian terus habiskan baki air tersebut.

Perlu dingatkan agar anda tidak minum atau mengambil minuman beralkohol pada malam sebelum Terapi Air ini dijalankan. Adalah normal sekiranya anda kencing 2-3 kali dalam sejam, kekerapan ini akan kembali normal selepas beberapa jam.

BERAPA LAMA TERAPI INI AKAN MENUNJUKKAN KESANNYA?
Daripada pengalaman dan kajian yang dibuat oleh ahli Terapi Air, masa yang diambil untuk terapi ini berkesan bagi beberapa masalah kesihatan adalah seperti berikut:

  • Constipation 1 day
  • Hyper acidity 2 days
  • Kencing manis 7 days
  • Tekanan Darah tinggi/Hyper Tension 4 weeks
  • Kanser 4 weeks
  • Pulmonary TB 3 weeks


Manakala dicadangkan kepada penderita Arthritis atau Rheumatism agar mempraktikkan Terapi Air sebanyak tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan malam, sejam sebelum makan selama seminggu dan selepas itu teruskan terapi ini dua kali sehari sehingga sembuh.

KESIMPULAN
Terapi Air adalah terapi yang selamat yang tiada kesan sampingan dan ia mudah serta murah untuk diamalkan. Silalah mencubanya bagi menikamati faedahnya.

*Terapi air ini digunakan dalam salah satu rawatan kami.

Enter content here

Enter content here

Enter supporting content here

Hak Cipta Terpelihara. © Nur Insan Resources & Consultancy
No 536 Jalan Semarak 8/2 Taman Panchor Jaya 70400 Seremban. N.Sembilan
Tel: 013-3903485  Emel: nurinsan2u@yahoo.com  Webmaster: Nur InsaN Master